Sep 18, 2008

Update --- maaf lama sangat terabai

Akum semua yang sudi singgah baca n pembaca yangs setia...

Minta maaf ynag teramat sangat ( sesambil Ramadhan dah nak Aidilfitri ni kan...) kerana saya tak update masa yang lama jugak....
Dan pada yg telah menghantar komen pada saya, saya sangat2 menghargainya dengan hati yg sangat senang....
Dan pada yang hantar pertanyaan dan apa2 pun, saya minta maaf kalau saya tak menjawab lagi (maknanya akan jawab jugak)...banyak sangat alasan yang saya nak bagi tahu....antaranya...

1- saya dah berpindah ke KD semula dari Nilai...sejak 3 bulan ini, dan proses pindah randah ni sangatlah letih dan memakan masa, tenaga + kos yang sangat membebankan.... tapi alhamdulillah new place ..i like!!!!...syukur ada tempat berlindung yang suami sediakan seadanya...

2- saya dah mula bekerja balik sejak last Julai di PJ.....dan amatlah tak sempatnya....kerja walau 5 hari sahaja tapi sudah cukup buat mata saya tak dapat diangkat bila tepat jam 9pm....lepas amik anak dr nursery (sejak minggu ini)...terus amatlah letih......dan sayalah satu2nya staff kat opis tuh yang jaga dalam 42 company....dashat bunyikan...bayangkanlah yer...

3- saya dan adik sedang hangat dan aktif menjual segala kuih muih raya + hamper seperti thn2 sebelumnya (tapi dah tutup order since puasa)...dan tempahan manik saya telah slow downkan sikit.

4- Masa Julai - Pertengahan August, saya berulang setiap minggu ke AS sebab saya menghantar anak dgn ibu di kampung utk jaga, kerana saya sangatlah paranoid nak hantar nursery, maklum lah 1st time nak tinggal anak dgn org after delivery....bygkan setiap mlm jumaat saya bertolak ke AS dan pulang ahad mlm ke KD, esok terus kerja....wahhh mcm Bionic woman kener sumpah jd Zombee kalau pagi Isnin kat opis.... then after that we all hantar ker rumah kakak ipar kasi maid dia jaga, but last week dia plak balik ke Indonesia...wah wah wah...terkebil lg saya terpaksa hantar ke nursery....ssh nak cakap apa saya rasa sekarang...

....antara ceritanya... begitulah adanya...

Buat pengetahuan semua, saya masih buat kerja2 beads cuma lepas raya ni barulah akan menjadi HOT balik sebab now saya memang tgh sangat2 sibuk...maaf pada sesiapa yang saya dengan berat hati terpaksa tolak ordernya ...
Bukan apa, saya takut saya tak dapat buat semua tuh utk hari raya anda, sapa nak jawab...pada saya ...nak jahit beads i need my time, concentration and focus on the things only...seriously i cant do if my son crying or my hubby playing his fav guitar around me.....
i dunt want to be who is answerable to beads yang tak cantik atas baju anda semua...its not me...
And buat information semua, baju saya pun tak ada beads thn ni....tu lah pasal......tapi masih ada 2 minggu, tengoklah mana sempat buat satu dua corak simple2 ... kira nasib baik ada baju...

gambar saya tak upload jugak sbb memang tiada masa, but akan di upload dengan kadar yg boleh lepas all this things done....InsyaAllah...

Saya masih cuba mengikuti kelas2 beads yang ada sekitar KL utk enhance my skill, so you people outhere can benefit it also..
Sekarang saya tengok rata2 sudah pandai jahit sendiri...its good for economic by the way...

Thn depan saya akan buat veil/ selendang nikah plak...utk spaa yang minat boleh beli veil/ selendang kosong....saya akan design ikut baju/ kasut (if any....)

Apa2 pertanyaan, sila contact tanpa rasa segan silu ya.....

Akhir kata,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN SEMOGA IBADAH KITA BUKAN YANG TERAKHIR

DAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF SEGALA SILAP DAN SALAH SAYA PADA SEMUA....

Note:
1- Pandu hati2 bila di musim perayaan
2- Makan tuh tengok2lah bila raya nanti....watch out your BPR, lomang memang sodap...

May 7, 2008

Custom made Evening Bag- Personal project

This is my evening bag. Beli beg kosong masa Bonita Sales last month. So try2 jahit manik sebab masa tuh rasa tertanya, macam apakah akan terjadi kalau beg yang sangat kosong ni dihiasi manik2 .....so inilah hasil yang tak seberapa...
beberapa jarum telah terkorban semasa proses menyudahkan jahitan ini. Dan beberapa kali blur ...sbb tak boleh jahit sangat atas permukaan yang keras.....jari ku jugak tertikam dengan cara tak sengaja.....
Tapi ini memang boleh buat cuma kener amik pengalaman...

Baru ni semasa merayap di PKNS Shah Alam, terjumpa evening bag maroon berbunga macam nyonya style, so grab satu nak try jahit. Yang tuh dia punya surface ok sikit rasanya sbb ada span .....tak tahu lagi lah cemana outcome dia nanti......tunggulah yer sebab masih ada beberapa yang nak di siapkan segera...then baru boleh mulakan experiment tu......excited jugaklah .....

Buat pengetahuan semua, sekarang dah nak mula menjahit baju kurung, but buat masa ni akan jahit baju sendiri sampai excellent then baru akan ambil tempahan sekiranya ada. Dan buat masa sekarang tgh mengumpul kos untuk sebuah mesin jahit yang sederhana. Boleh buat jahit dengan sedikit advance sudah baik....
Buat permulaan katanya......Semoga akan berjaya...InsyaAllah....

Previous project - update

Jahitan manik pintal satu layer untuk baju kurung. Sangat simple tapi bagi setengah orang ini yang di katakan terbaik. Simple is always the best , katanya...


Ini pula gambar keseluruhan baju kurung yang dijahit pada kedua hujung tangan baju, leher dan kaki baju. Simple but perfect.

Harga bagi jahitan begini mengikut pilihan jahitan. Pilihan jahitan seperti di bawah:

1) Kedua belah hujung tangan sahaja
2) Kedua belah hujung tangan + kaki baju
3) Kedua belah hujung tangan + leher
4) Kedua belah hujung tangan + leher + kaki baju

Note:
dalam menjahit manik pintak sama ada satu atau dua layer, campuran/ combination colour manik is very important. With that correct combination, baru baju nampak cantik walaupun ianya dua campuran colour sahaja. Tapi kalau silap combine colour, memang sah punah. Kadang2 warna kontra nampak cantik dari warna senada fabric. Tak percaya cuba..... baru tahu....

Tudung (Kain Jojet)- Sales !!!!

Perhatian!!!

Tudung kain jojet for sales!! RM 25- 35 per tudung. (ikut corak dan material embroidery)
Sulam Manik, labuci dan mutiara berbagai bentuk.
Tudung empat segi di sulam asas.

Variasi pilihan corak, warna dan material.

Available colours for now:
* maroon, hijau (beberapa tone warna hijau)
* biru (beberapa tones warna hijau)
* kuning air
* purple dan jugak coklat tanah
* pink

Corak utama , di jahit manik pintal dan juga labuci sulam. Manik dan labuci boleh diganti mutiara atau 'sew on stone'.


Pandangan tudung dr sudut corak utama dan bahagian tepi.


Red Baju Kurung- Manik Tabur (Rapat2)

Tangan Baju kurung dijahit dengan manik ( 4 warna) yang sepadan dengan latar fabrik. Kemudian diselit dengan labuci warna kuning (sesuaian warna latar fabrik) sebagai penyeri.

Labuci boleh diganti dengan 'sew on stone' atau pun manik airmata atau apa2 pilihan lain mengikut citarasa anda.

Untuk harga bagi jahitan seperti ini sila hubungi saya. Harga mengikut pilihan jahitan dan tambahan material seperti labuci, 'embellishment stone' atau 'sew on stone'.

Pilihan jahitan seperti di bawah:

1) Kedua belah hujung tangan sahaja
2) Kedua belah hujung tangan + kaki baju
3) Kedua belah hujung tangan + leher
4) Kedua belah hujung tangan + leher + kaki baju

Note :
Susah nak jahit macam ni, sbb memang kener jahit rapat2. Baru nampak cantik n kemas. Lagi banyak jahit lagi time consuming untuk satu2 project nak disiapkan. So kalau nak tempah yang macam ni sila tempah awal dr masa nak dipakai. hehhehe sakit jari2 saya.....