May 7, 2008

Custom made Evening Bag- Personal project

This is my evening bag. Beli beg kosong masa Bonita Sales last month. So try2 jahit manik sebab masa tuh rasa tertanya, macam apakah akan terjadi kalau beg yang sangat kosong ni dihiasi manik2 .....so inilah hasil yang tak seberapa...
beberapa jarum telah terkorban semasa proses menyudahkan jahitan ini. Dan beberapa kali blur ...sbb tak boleh jahit sangat atas permukaan yang keras.....jari ku jugak tertikam dengan cara tak sengaja.....
Tapi ini memang boleh buat cuma kener amik pengalaman...

Baru ni semasa merayap di PKNS Shah Alam, terjumpa evening bag maroon berbunga macam nyonya style, so grab satu nak try jahit. Yang tuh dia punya surface ok sikit rasanya sbb ada span .....tak tahu lagi lah cemana outcome dia nanti......tunggulah yer sebab masih ada beberapa yang nak di siapkan segera...then baru boleh mulakan experiment tu......excited jugaklah .....

Buat pengetahuan semua, sekarang dah nak mula menjahit baju kurung, but buat masa ni akan jahit baju sendiri sampai excellent then baru akan ambil tempahan sekiranya ada. Dan buat masa sekarang tgh mengumpul kos untuk sebuah mesin jahit yang sederhana. Boleh buat jahit dengan sedikit advance sudah baik....
Buat permulaan katanya......Semoga akan berjaya...InsyaAllah....

Previous project - update

Jahitan manik pintal satu layer untuk baju kurung. Sangat simple tapi bagi setengah orang ini yang di katakan terbaik. Simple is always the best , katanya...


Ini pula gambar keseluruhan baju kurung yang dijahit pada kedua hujung tangan baju, leher dan kaki baju. Simple but perfect.

Harga bagi jahitan begini mengikut pilihan jahitan. Pilihan jahitan seperti di bawah:

1) Kedua belah hujung tangan sahaja
2) Kedua belah hujung tangan + kaki baju
3) Kedua belah hujung tangan + leher
4) Kedua belah hujung tangan + leher + kaki baju

Note:
dalam menjahit manik pintak sama ada satu atau dua layer, campuran/ combination colour manik is very important. With that correct combination, baru baju nampak cantik walaupun ianya dua campuran colour sahaja. Tapi kalau silap combine colour, memang sah punah. Kadang2 warna kontra nampak cantik dari warna senada fabric. Tak percaya cuba..... baru tahu....

Tudung (Kain Jojet)- Sales !!!!

Perhatian!!!

Tudung kain jojet for sales!! RM 25- 35 per tudung. (ikut corak dan material embroidery)
Sulam Manik, labuci dan mutiara berbagai bentuk.
Tudung empat segi di sulam asas.

Variasi pilihan corak, warna dan material.

Available colours for now:
* maroon, hijau (beberapa tone warna hijau)
* biru (beberapa tones warna hijau)
* kuning air
* purple dan jugak coklat tanah
* pink

Corak utama , di jahit manik pintal dan juga labuci sulam. Manik dan labuci boleh diganti mutiara atau 'sew on stone'.


Pandangan tudung dr sudut corak utama dan bahagian tepi.


Red Baju Kurung- Manik Tabur (Rapat2)

Tangan Baju kurung dijahit dengan manik ( 4 warna) yang sepadan dengan latar fabrik. Kemudian diselit dengan labuci warna kuning (sesuaian warna latar fabrik) sebagai penyeri.

Labuci boleh diganti dengan 'sew on stone' atau pun manik airmata atau apa2 pilihan lain mengikut citarasa anda.

Untuk harga bagi jahitan seperti ini sila hubungi saya. Harga mengikut pilihan jahitan dan tambahan material seperti labuci, 'embellishment stone' atau 'sew on stone'.

Pilihan jahitan seperti di bawah:

1) Kedua belah hujung tangan sahaja
2) Kedua belah hujung tangan + kaki baju
3) Kedua belah hujung tangan + leher
4) Kedua belah hujung tangan + leher + kaki baju

Note :
Susah nak jahit macam ni, sbb memang kener jahit rapat2. Baru nampak cantik n kemas. Lagi banyak jahit lagi time consuming untuk satu2 project nak disiapkan. So kalau nak tempah yang macam ni sila tempah awal dr masa nak dipakai. hehhehe sakit jari2 saya.....

Some of last project - Baju Kurung Kuning


Gambar separuh pada bahagian utama yang di jahit manik.

Salah satu bunga sulam yang di ambil close-up. Simple tapi menampakkan seri pada seluruh baju.

Bahagian tangan baju dan kaki baju yang di jahit atas sulaman asal. Warna manik ialah hijau pada bahagian daun paku dan kuning pada bunga dan coklat pada daun lebar.

May 2, 2008

Mum's Day Promotion : 5% - 7%

Hello semua....

Untuk hari Ibu yang bakal menjelma , All That Beads ingin merayakan hari penting bagi ibu ibu dengan promosi 5%- 7 % bagi setiap tempahan. 5% untuk semua jahitan baju, tudung, atau apa saja pakaian berbentuk dress dan 6% bagi semua jenis seluar. Dan bagi beg dan kasut ada potongan sehingga 7%.
Cepat jangan buang masa. Lagi details seperti di bawah:

Tempoh Promosi:
1 Mei - 15 Jun 2008

Cara Penghantaran:
Hubungi saya melalui email atau phone, Sms jugak boleh untuk keterangan lanjut.

Harga:
Mengikut design dan akan diberitahu secepat mungkin. Catalogue masih di proses atau contact saya untuk dapatkan senarai harga.

Lokasi:
Kota Seriemas Nilai
(jugak mengambil tempahan luar seperti Seremban, Klang Valley and Putrajaya)


Note:
- masih terdapat beberapa gambar yang belum di upload untuk semua kerana sangat sibuk nak habiskan semua tempahan yang ada. ada yang tak sempat nak ambil gambar kerana terus beri pada si empunya.